December 11, 2013

11.12.13

.
 Aku yang terlalu bahagia,disamping kau..Terima Kasih untuk segalanya...

Lama xjumpa,Akhirnya ketemu juga,TANPA planning,dan fact tak tahu pun tarikh yang nak jumpa ni jatuh pada 11.12.13..Nice date..Alhamdulillah,semuanya dipermudahkan jalan ke sana..walaupun xlama,tapi puas sebab dapat juga lihat sidia didepan mata.

 Macam mana sweetnya isi dalam ni,macam tu juga sweetnya "awak" ni..:)

Saya tak minta awak beri apa2 pada saya,tapi gift ni terlalu bermakna pada saya..Saya suka,sweet.."Kadang,aku mahu org fikir hubungan kita sudah berakhir,tetapi hakikatnya,dibelakang mereka,kita sibuk menyulam bahagia".. Aku xperlu org ramai tahu,kau dgn aku bersama,fact ramai pendengki yang inginkan kita berakhir :)

Cuzzy yang gila-gila and banyak cakap

Setiap orang punya jalan cerita mereka sendiri,tak perlu cemburu pada orang lain,kita juga ada jalan cerita,percayalah pada diri anda sendiri.Lepas lepak kat setia city mall jumpa plak kazen sya yang sorang ni..Hari yang terlalu indah buat sya pada tarikh cantik 11.12.13 ni..:)

Aku mungkin punya kekurangan,dan kekurangan ini lah yang membuatkan aku kuat,berusaha memperbaiki dan cipta jalan hidup indah aku sendiri :)

December 7, 2013

Bahagiakanlah IbuBapamu

kita hanya hebat kerana berkat doa dari kedua ibubapa kita.Tanpa mereka,kita bukan sape-sape.

Ibubapa bergolok gadai nyawa,
membiayai pengajianmu,
kamu menangis bermati-matian,
kerana kehilangan kekasih,

Ibubapa mengeluarkan simpananannya,
belikan kamu laptop,
bagi memudahkan urusan pembelajaranmu,
namun lain pula yang kamu dipelajari..

Ibubapa menghantar pergi dan balik ke kampus,
demi menjaga keselamatan dirimu,
namun lain pula perangaimu,
keluar larut malam mencari keseronokkan yang tak kekal lama,

Ibubapa belikan kenderaan bagi memudahkan pergerakkanmu,
namu kamu salah guna kemudahan yang diberikan,
sibuk mengunjungi ke tempat maksiat,
membuang masa tak tentu hala,

Ibubapa bimbang kamu bosan,
mereka bawa kamu melancong,
namun kamu lebih memilih,
mengutamakan kawan dari bersama keluargaMU,

apa lagi yang tidak mereka lakukan untuk membahagiakan dirimu,
wahai rakan sekalian,palinglah raut wajah mereka,
Penat lelah mereka,segala pengorbanan mereka,tak terlintaskah dihati kecilmu,untuk membalasnya? Ibubapamu mampu berkorban bermacam-macam untuk anda,tidak mampukah untuk kamu membalas pengorbananya dengan sedikit kejayaan?? Renung-renungkanlah....

Entry ini,untuk muhasabah diri saya,jangan hanya tahu mengeluh,cubalah untuk bangkit dan kejar kejayaan tu.YaAllah,bantulah hambamu ini,berikanlah diri ini kesempatan dalam membalas,jasa kedua ibubapaku dan menjadi contoh terbaik buat adik-adik ku..Aminn..

November 28, 2013

Perubahan Awal Muharam

:65:Mula pada yang atas,tutup melebihi dada..

Ya Allah,
insan kerdil ini,
punya impian langit meninggi,
menjadi bidadari syurga ilahi,
idamanya dalam lubuk hati,

Ya Allah,
bukakanlah seluasnya hatinya,
mudah,melakukan perintahMu,
dan sukar lakukan laranganMu..

Jodohkan insan ini,
pasangan yang mampu mendekatkan diriya
pada cinta ilahi,
limpahkanlah rahmatMuu pada insan ini,
Lindungi dan peliharalah insan keRdil ini,
dan dekatkan dirinya,pada syurga ilahi...

INdahnya aurat ditutup,dipelihara..Walaupun,aku masih belum mampu menutup aurat dengan sempurna,Namun aku belajar untuk kearahnya..Dari atas aku mulakan,menutup melabuhkan pada yang sepatutnya....Istiqamah yang aku cari.....Aku ingin menjadi,wanita bidadari...:)

November 13, 2013

Ukhuwah

   F.R.I.E.N.D
Rakan,
Terima kasih kerana,
Tak jemu menabur ilmu,
Tak pernah lelah mengajar,
Tak pernah serik membantu,

Kita punya matlamat yang sama,
ijazah yang kita kejarkan,
kejayaan yang kita impikan,
pointer yang cemerlang kita harapkan,

Moga jalan yang kita pilih ini,
Diberkati oleh ilahi,
Kejayaan merapati,
Dan teruskan berlari....


November 10, 2013

Move On ?


Kau memiliki 10 SIFAT diatas,sebab itu aku hargai persahabatan ini,
tapi sekarang...kau pilih untuk pergi.....


"move on"?
apa makna disebalik perkataan ini?
aku ke punca,kau tak boleh "move on"?
tapi kenapa?apa makna ayat ini?
aku tak tahu,kau pandang persahabatan kita,
bagaimana...
tapi yang aku tahu,dari dulu,
kau memang sahabat aku..

kata kau sorang pergi,10 boleh datang,
tapi tak sama,macam aku punya kau sebagai sahabat,
Aku ke disebalik penderitaan kau?
disebalik kisah kebahagiaan kau?
maafkan aku sahabat,kalau aku punca semua ini,
aku ikhlas bersahabat dengan kau,
tanpa ada makna lain,disebalik persahabatan kita,
tapi kau??.........

Aku terlalu bahagia disini,
sangat bahagia,mengecapi hari-hari bahagia,
kenangan,angan-angan indah bersama dirinya,
yee! pasangan yang telah aku pilih untuk bersama dengannya,
aku harap,kau juga bahagia bersama dirinya,
biar kau BUANG aku sorang,
jangan kau buang orang lain,
sakit tak tertanggung,bila 8 tahun bersahabat,
lerai,tanpa punca yang kukuh..

aku relakan pemergian kau,
sebab aku penat,untuk pujuk kembali dan bina lagi persahabatan kita,
kau tahu aku lelah? 
aku sayangkan persahabatan kita,tapi kau yang tak henti-henti,
untuk minta aku pergi..
saat ini,waktu ini,dan hari  ini....
aku dengan rela hati,melepaskan kau pergi,
moga hidup kau,lebih bahagia,sempurna
tanpa ada aku sebagai seorang sahabat disisi......

November 8, 2013

Kenyataan Hidup...

Pegang kata2 dari Imam Syafie "Bila kamu tak tahan lelahnya belajar,maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan"

Orang pandang aku hebat,
Orang sekeliling kata,"bertuahnya kau"
Tapi orang pernah tanya?
Penat lelah yang aku tanggung hingga sampai ke tahap ini?
Apa aku punya sekarang ini,
Belum sampai ke tahap yang aku target,impikan,
Namun aku bersyukur,jalan untuk aku capai ke tahap tu
Semakin tiba penghujungnya,

Aku juga manusia,seorang anak,seorang pelajar,
Sudah tentunya,aku punya impian untuk capai ke tahap yang tinggi
Mana mungkin,kegagalan yang aku inginkan,
Namun,kadang,aku juga lemah untuk tanggung dan tempuh semua ini,
Bukan mengeluh,cuma mengharap orang sekeliling,
Tiupkan sedikit semangat,untuk aku bangkit dan teruskan berlari,

Bila aku lihat kampus,ku katakan dalam hati,
"Tidak semua org merasa,apa yang aku rasa"
Tak bersyukurkah aku dengan semua ini?
Ya Allah,ku minta kepadamu..
Dekatkanlah sedekat-dekatnya kejayaan,
Jauhkanlah sejauh-jauhnya kegagalan,

Umi,Ayah,kejayaan yang ku miliki ini,
Adalah secebis hadiah pengorbananmu selama ini,
Moga doa kalian,
Menerangi jalan kejayaanku ini...



"Aku teringin merasai majlis konvokesyen lagi,Semoga dengan usaha aku untuk memperolehi segulung ijazah ini,memberikan kegembiraan pada ibu bapa ku lagi..Ya Allah,permudahkanlah jalan menuju kejayaan buat insan bernama Syaqira Liyana Binti Ahmad Ghazali ini..aammiinnnn"

Kau....

 sebab kau gila-gila la,
aku jatuh cinta, 

Aku nak tengok laut !
kau yang akan teman kan?
Aku nak makan aiskrim !
kau yang akan belanja kan?
Aku nak marah,mengeluh dan membebel ni !
kau yang akan sediakan telinga kan?
Aku sunyi dan bosan !
kau yang akan call dan text kan?
ahh semuanya kau,

Bila aku menangis,
kau yang selalu ada,
kata kau,"Ada pape beritahu abang yer"
sesibuk mana pun kau,
kau akan cuba spend time untuk aku kan?
aku merengek,cemburu macam budak-budak
tapi kau sabar,macam mak ayah aku melayan

Mana mungkin,aku abaikan orang sesempurna mu,
aku tak pernah harapkan,lebih dari kau
cukup diri kau yang sekarang ni,
aku tahu ! 
kau tak seromantik macam pasangan lain,
tapi kau jadi diri kau,
walaupun kadang-kadang menyakitkan hati aku sendiri,
tapi aku tetap cinta,dan sayang kau macam dulu lagi,

Terima kasih pada insan yang hadir ini...
siapa..? Mr.Love FIKRI JAMARI....


p/s : blog berubah wajah, & hide comment juga

November 1, 2013

Double 22 "HB"

 DOUBLE 2 "22" tapi jiwa muda..Ada apa pada angka :P

Even dah lama cite ni,still nak update dalam blog sendiri..Buat tatapan dan bacaan diri sendiri gak bila tua..:) 18 oct,nov dah 1 nov..Sangat sibuk bila dah jadi student "Teknikal" ni..phuii This yerar 2013,tahun paling bermakna dan bertuah buat sya,dan sya tak duga,bfday sya,disambut dengan meriah :)

Hadiah bermakna,dari insan-insan tersayang..

Thank pada Umi Ayah,yang beri maacam2 sampai umur sya sekarang ni 22 tahun,kek fevret sya juga..*Nama syachot tu.huhu pada kawan-kawan yang sanggup bersengkang mata,tunggu waiting call *perhh ayat retis untuk wish bfday pada sya :) Tak terlayan dan terbalas penghargaan korang..

 ucapan dari sidia,buat penganti dirinya..

Pada buah hati yang teman sya sampai sekarang,cepat masa berlalu,4 tahun dah..thank jadi orang pertama wish bfday saya,walaupun bfday saya kita tak dapat sambut sama pada hari tu namun ucapan ni sebagai penganti diri dia, sya rasa itulah hadiah bermakna pada sya..:) thank untuk hari-hari bahagia saya bersama dirinya hingga sekarang ni.


 bersama skandal baru..:D

Lastly,hadiah paling besar sya dapat, sebuah persahabatan..Dia la kawan bergaduh, jerit, gelak, mengadu, classmate, housemate sume dengan dia di UTeM.. Dia juga la,yg hadiahkan Girl Doll tu sepasang dengan dia,dia belikan sya warna oren,sbb dia tahu fevret warna sya oren..Thank untuk segalanya..Alhamdulillah :)

October 14, 2013

Come Back & Wishlist

Nak always nampak muda dan terus muda boleh,walaupun dah 20++ hee

Come Back !! dekat sebulan tinggalkan blog,terasa blog sendiri macam tak wujud owner jer..huhu Tak ada cerita menarik yang hendak dikongsi,tapi memandangkan HARI JADI sya tak lama lagi akan tiba 18/10 Jumaat, ok terasa macam dah tua jer nak masuk umur 22 tahun,so sya ada lah wishlist..Tahun lepas,sya punya wishlist nak snow glob,and FACT sya dapat 2 snow glob..best gila !! impian dan hajat tercapai..tahun ni sya harap, sya dapat .......................

simple but look elegance

Ok,sya nak CHARM..sya nak charm yang ada HURUF S & L stand for Syaqira Liyana..sya xnak crowded sangat,sya nak macam charm bunga merah bawah ni..simple tapi nice sangat.. :) Ni semua gara-gara sya TERbuka "Crafted By Mei" ,harga yang ditawarkan SANGAT BERPATUTAN..harga 2 contoh gelang ni RM 38..Kita pun boleh design sendiri,tapi harga berubah2 la mengikut apa yang kita mahu and letak kan? :) 


Nice and awesome gila !! I want This..

Tiap-tiap hari jadi sya,sya sambut dengan sederhana sahaja,dan sya paling hargai bila parent sendiri ucapkan "Selamat Hari Jadi Along,Umi Ayah doakan......." ini sangat meruntun kalbu,tak lupa juga pada kawan2 sya,ada yang sanggup pos Teddy Bear,hadiah dari Johor,kedah,P.Pinang-Negeri Sembilan..Ada yang beri kad handmade,jam tangan,novel,rantai,tudung,baju and LAGU tak tahu nak kata apa lagi la,sya hargai sangat..Tiap2 hari jadi sya,sya akan hadiahkan diri sya sendiri Bacaan Yassin..sya tak mengharap atau minta lebih,sya cuma berdoa :
Semoga Allah permudahkan jalan sya menuju kejayaan dunia dan akhirat,bantu sya dalam membalas semua jasa kedua ibubapa sya..Dan tiap-tiap hari,sya harap dapat jadi manusia yang lebih bagus dari hari semalam :)


MEMBILANG hari meniti hari-hari tua pada 18/10 Jumaat genab umur 22 tahun dimuka bumi ini..Moga sya dipanjangkan umur dan boleh melaksanakan tanggungjawab sya sebagai seorang anak,kakak,bakal isteri,bakal ibu..Insya Allah..Salam

September 20, 2013

Selamat Datang UTeM,Melaka,Selamat Tinggal UUM,Sintok

   Membajetkan diri itu penting..At Pantai Melaka Credit : Buah Hati

Wah lamanya cerita tertunggak dalam blog ni,nk update2,tapi mood malas datang lagi tebal dari mood rajin..So today,before tido,update la kejab.. Alhamdulillah, Allah telah tunjukkan sesuatu yang indah dan aturkan sesuatu yg baik untukku.

Sya memang berharap dapat keluar dari UUM,bukan xseronok kat sana,cuma jiwa sya bukan disana..Mungkin kos yang agak Killer dan penuh dengan pengiraan,membuatkan sya rasa tertekan. Faktor SANGAT jauh juga dari N.9,dan koko yg dijalankan pada hari sabtu juga,buatkan sya rasa,tiada masa untuk bersantai. #Maaf

 Telah berusaha sehabis baik,Syukur semua subjek yg di duduki lulus,walaupun x DEKAN.

Siapa yang nak sambung Bach Science Economy,mohon fikir banyak kali.Untuk subjek prinsip Ekonomi jer,nk cover chapter sampai 20++ , Akaun 10++..xmasuk g ngan Ekonomi Malaysia,Makro,mikro,pertengahan n blaa3 dia g..Bak kata lec sendiri, "Science Economy is the killer course at UUM,so xhairan jika student 3,4x gagal untuk lulus *WTFrog"..Syukurla pointer tu,cukup2 makan..:)

 Menitik air mata,bila dapat tawaran ini..

Jadi berbekalkan semangat,usaha,doa dan tawakal sya pun telah mendaftarkan diri untuk UPU intake sep 2013 ni,walaupun hakikatnya habis 1 sem sya di UUM dengan percuma :D mulanya nama sya x naik,tapi dengan semangat yang tinggi,sya buat rayuan..Check di UPU nama xnaik lagi "Dukacita", tapi bila pihak UTeM,Melaka call, suh tengok portal dia,ALHAMDULILLAH nama sya naik dan ditawarkan ijazah di UTeM..

 Kad lama, Kad baru.. Suka pakai nama Syaqira lagi,dari Liyana..

Alhamdulillah doa sya diMakbulkan oleh Allah..Sya dapat tawaran dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka dalam Bidang Bach Science Computer (Software Development).. Relate dgn dip IT sya,dan berdekatan dengan rumah family sya N.9 :) Tempoh pengajian 3 tahun setengah,tapi lepas transfer kredit, Dalam 3 tahun,dah boleh grad jika tiada pape halangan..Insya Allah,doakan sya :)

  Kenangan manis yang akan di kenang sampai hari tua

Hanya sekeping kertas diatas, Itulah kenangan manis pernah sya perolehi..Tawaran dari UUM Bach Science EconomY, UPSI Bach Design Animation ,tawaran intake Feb 2013 dan terakhir UTeM Bach Science Computer (Software Development) Intake Sept 2013.

Syukur,perjalanan hidup sya sebaik dan seindah ini..Moga Allah permudahkan jalan sya mencari redhanya dalam menuntut ilmu,berjaya dunia dan akhirat,memperolehi segulung ijazah untuk keluarga tercinta,berkongsi Ilmu yang ada,dan bergelar seorang pensyarah pada masa hadapan..Insya Allah..Amin..

p/s : Menanti keputusan Biasiswa JPA.Mengharap Degree ini pun,masih lagi dibawah tajaan Biasiswa JPA,bukan hanya sewaktu Diploma sahaja menjadi anak Biasiswa JPA :) Doakan sya yer


August 14, 2013

Raya 2013...Semuanya Indah :)

 Bersama family Tercinta,tema tahun ni,Kelabu Biru :)

Lamanya tinggalkan blog,Masih tak terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA,pada reader yang rajin terjah blog sya ni :) Catatan raya ni,sya tulis,untuk tatapan cucu cicit sya kelak nanti #Eh ..Raya 2013 ni,sangat bermakna pada sya.Tahun ni,tema kami sekerluarga Biru Kelabu..Ce tengok gambar?sya paling sulung,dan sya paling R.E.N.D.A.H sekali..Agak-agak,muka sya ikut mak ker,ayah?

 Raya kedua,Terjah kerumah sedara mara 

Even dah 22 tahun,duit raya tetap dapat..Mungkin sebab awet muda kut *Perasanya..Raya tahun ni,merayau-rayau beraya..Best gila..Raya1 Lenggeng,Raya2 Rantau & Seremban,Raya3 Port Dicson,Raya4 Melaka..Ke melaka tu,sekali ngan holiday..*Next entry sya update story.Even penat,tapi seronok sangat !! 

 Kazen yang sebaya,sekepala,dan gila-gila

Ini kejutan pada sya,Bila kazen sya,muaz *Baju merah,balik dari jordan tetiba time raya..Mak dia kata,balik time raya haji,sekali raya dia balik..Masa raya la,kami ni dapat kumpul bersama,ari lain agak susah la..Sya kat UUM,yg sorang ni balik Jordan,kazen yg baju pink keje..Semua ada life sendiri2 kn? :) Si muaz ni bakal doctor,dan hobi dia agaknya suka panggil sya #NajwaLtif -.-"..Best bila tengok kazen2 yg sebaya ni,sama2 membesar dan berjaya.Insya Allah

 Kebetulan tahun ni sama warnanya,dengan buah hati :)

Tak lupa juga buah hati tercinta..Kebetulan tahun ni,sama tema warnanya..Tak disangka pula..Yela,dua2 ikut tema family masing-masing,aura kuat rasanya..#Aww Belum ada kesempatan berjumpa dia time ni,TAPI INSYA ALLAH, dia akan datang kerumah family sya kat seremban ni,dengan family dia Minggu ni,or Minggu Depan. :) Dup dap dup dap rasanya,tapi excited nak jumpa familynya.*Terasa macam ada org nk masuk meminang plak..:P Okk,Tahun ni,raya penuh kenangan manis.Mohon maaf zahir dan batin pada semua :) #Bye




 

Copyright by Syaqira Ahmad © 2012 |Best View: Google Chrome