January 16, 2016

Bowling Di Ole Ole Super Bowling Mydin Mall Seremban 2

Simple untuk hari ini,sebab aim main bowling jer.

Assalamualaikum..Rasa nak mengarang dalam blog sendiri..Dah nama pun diari online personal,rasa rugi lepaskan moment-moment indah kalau tak catat dalam blog ni. cuti sem kali ni aktiviti sangat-sangatla pack, sampai sendiri tak tahu mana yang nak diutamakan, dari semua benda aku nak buat.travel la, cuba makanan baru la, buat hobi sendirila..Banyak sangat,sampai rasa,masa tu selalu mencemburui.
Adik laki,yang paling obses dengan bowling

Sebab banyak benda nak buat, jadi aku pilih untuk buat second hobi yang aku suka..Bowling.. 4 hari turut2 tak lepas jejak tempat bowling ni..Sampai orang kaunter dah cam muka,hari-hari duk membaling bola bowling.. Sebab member ramai dah keje,dan aku sorang masih lagi menuntut as a student, so masa yang terbaik lepak dengan adik beradik sendiri la kan? 
Satu2nya adk perempuan yang best ajak lepak

Aku selalu main bowling dekat Ole Ole Super Bowling Mydin Mall Seremban 2.Why sini? sebab aku suka lane bowling dia,suasana dia and paling penting murah..Slalunya aku main before pukul 3ptg dan 3 game RM 12.00 xsalah aku..Kalau cuti umum 2 game RM15 include kasut. Aku jenis sekali main 3 game terus,sampai tangan jadi macm sotong,baru rasa kepuasan. Parking kete dekat sini mudah, tak sesak and after penat men bowling boleh menyinggah beli brang di mydin ataupun makan dalam ni,ada marrybrown,A&W, and macam2 lagi..Sebab tu aku suka main bowling dekat sini. Okay cukup disini review aku..Honestly, Seremban ni,xde la bosan sangat,kalau kau pandai bahagiakan diri sendiri and buat hobi yang kau gemari..:)

hakak payung video hakak men bowling yer :)



January 15, 2016

The 5th Wave,Tak rugi tengok !!

Tiada yang pelik,cukup sifat ootd hari ni.ngee~~

Assalamualaikum..Bermula cuti sem,dah 5 ari bertapa dekat rumah,baru ada masa untuk update blog. Today, disebabkan satu-satunya adik perempuan balik rumah, so ada juga geng perempuan,klw x bergeng ngan 3 org adik laki la jawabnya.Menuju ke palm mall,seremban untuk aktiviti berjimba.Why Palm Mall?apa yang best palm mall seremban ni, compare dengan mall2 yang lain dekat seremban ni? Aku suka palm mall,sebab suasana dia,tempat shopping dia yang best sebab ada brand outlet *Fevret perabih duit, padini, then tempat makan yang pelbagai kfc, jco, fish manhattan, sushi king .. Mall ni pun baru and cinema sini GSC..aku prefer cinema GSC and MBO dr TGV or LFS.

payung sikit, gambaran filem The 5th Wave

Movie yang dipilih untuk tonton, The 5th Wave. Apa yang boleh aku katakan, memang terbaik..Jalan cerita dia laju, tak de mengarut-mengarut and straight forward. Boleh dikatakan macam cerita ala-ala 2012, or The Impossible. Filem The 5th Wave ini mengisahkan serangan yang terjadi dalam 5 cara.4 cara telah terjadi dibumi dan gelombang ke5 yang menentukan segala kehidupan, manusia dibumi. Dan untuk makluman juga,Film ini diadaptasi dari Novel karya Rick Yancey pada tahun 2013. So untuk korang keluarkan duit tonton cerita ini, sangatlah digalakkan, dan aku bagi 4.5/5 bintang.

Geng berjimba pada hari ini

Lepas habis lepak wayang, soalan maut yang ditanya "Nak makan mana?", bab ni aku lemah sikit, aku ngidam kfc si adik aku ni jemu kfc, so sbb aku kakak,aku decide kfc gak..Bukan selalu guna kuasa veto.Dah keluar pun dengan ladies,kalau tak bergambar,selfie tu bukan cara kita la kan, So hakak payung la satu gambar yer..Paling tua dalam gambar tu,sorang tu adik,lagi sorang tu kawan adik.. Lagi suka lepak dengan mereka ni,dari kaum adam. *Upssss hahaha

Hidup tak lama,hargai sisa-sisa baki yang tertinggal untuk kau penuhi dengan segala kenangan indah untuk perjalanan hidup sendiri - syachot-

January 8, 2016

Skandal VS boyfriend

Skandal VS boyfriend


Assalamualaikum..Rindu nak menulis pada blog sendiri,tetiba dapat idea macam ni.Scandal VS Boyfriend. Fact aku tak tahu skandal ni apa,yang aku tahu teman tapi mesra tak pun sahabat.Dalam hidup aku,tak pernah aku merasa nak berskandal,curang,or what ever yang sekutu dengannya

Adakalanya betul apa yang petikan dalam gambar tu tulis,tapi xdela 100% sama..sebab pasangan sendiri pun,kadang sweet and caring gak,dalam diam and doa dia..Sebenarnya kau tak perlu nak berskandal bagai,cukup kau ada sahabat susah senang dunia akhiratla senang cerita..

Aku punya sorang sahabat,busy macam mana,kadang duk ws n tanya khabar.Ada juga yang pantang aku balik seremban,sibuk nak belanja minum makan bowling apa bagai.*xke indah bila kau ada kawan mcm ni.untung kawan-kawan ramai dah keje..

Bercakap pula,bila aku ada masalah, aku ada kawan yang punya 6sense terlebih hebat.kadang aku xcakap,tetibe tanya "Sya ok x?", jns aku plak,pantang dengar soalan tu,deras air mata ni keluar.yang terbaru ni, bila aku ada masalah,kawan ni tanya "Nape x cakap ngn sy,kalau tak org boleh bawak g pantai,cerita dengan orang"..Lepas tu,sebab stress sgt,p la tepi tasik air keroh.Mekasih sahabat a.k.a Roomate.

Dalam hidup ni kau perlu teman sejati, pasangan dunia akhirat dan sahabat dunia akhirat..Aku dah jumpa,punya pasangan yang ada susah senang,walaupun bukan 24jam, tapi tetap aku hargai..*xkan memanjang nk berkepit,mmg dia xde keje,aku xblaja plak.And syukur punya sahabat-sahabat masih kekal dari sekolah menengah sampailah dah degree ni..Much love

Aku harap,macam mana selekehnya aku waktu sekolah dulu, teruknya perangai aku,kau akan terus disisi aku,susah senang bersama.sebab aku tak pernah buang orang yang tahu hargai and ada tiap masa susah senang dengan aku.Mekasih teman

January 1, 2016

Selamat Datang 2016

Nak Test Copyright dalam gambar je sebenarnya.Haha

Good Bye 2015,Welcome 2016,Assalamualaikum..1st entry untuk tahun 2016.Rasa kekok mula menulis lepas setahun lebih close blog ni..satu dari azam 2016,start menulis semula dalam blog sedia ada..Banyak sebenarnya nak diubah dalam blog ni,dari header sampailah ke tempalate yang sedia ada..Tapi disebabkan masa yang tak sesuai,masih dalam peperangan final exam,tahan hati untuk godek lelebih blog sendiri

banyak gak yang jadi tahun 2015,dari semanis-manis gula sampailah sebusuk-busuk taik.upss dan jika berkelangan,akan di "throwback" semula apa yang jadi tahun 2015 ni dalam tahun 2016 ni..Tahun baru,azam baru kata orang..Apa azam korang? Azam aku?Hah ni dia : 


Jaga solat,tak de kosong-kosong,Full 100% 
Nak Tinggi and Jaga Badan a.k.a Kurus *As always girl la kan
Jaga pemakanan,Banykkan exercise and JAGA KULIT *Wajib
Nak hias Myvi sendiri,jadi gorgeus and ladies lebih sikit
Nak belajar drive "Manual" balik,Biasa ngan auto jer
Nak pasang pagar pada gigi a.k.a braces,walaupun nenek marah
Celebarate birthday & relationship dengan Mr.Love
Start Cycling balik,Peha besar sebab stop cycling.Sadisss
Grad Degree tahun ni dengan cemerlang..Good Bye UTeM.Uhuk
Round Asian,InsyaAllah KOREA maybe,tahun lepas Thailand
Makan masakan dari Mr.Love,even Telur goreng nasi putih dah bersyukur dah *bertuahnya pasangan sya,mkn x demand :P
Berkelah tepi pantai kalau boleh PD,makan Ice Cream,fefeling korea, and snap pic bebanyak sampai pengsan dengan pasangan sendiri..
Tunang? Kahwin ? Biar masa,ketentuan dan kejutan yang datang..Tak berani nak rancang masa terdekat ni.Banyak urusan tak selesai lagi,lebih2 lagi Degree Ni,Satu2 dulu :)

p/s : Bye-bye nama blog lama chot91.blogspot.com, and hellow syaqiraahmad.blogspot.my .. Nampak lebih matured sikit bukan? hee bubye





 

Copyright by Syaqira Ahmad © 2012 |Best View: Google Chrome