May 18, 2016

Dinner Course UTeM

Hitam merah tema dinner kita kali ni


Assalamualaikum..Rindu zaman selalu "Free Time" untuk jenguh blog sendiri.. lepas ni banyakla entry yang akan di throwback balik dalam blog ni.. Salah satunya entry ni.. Syukur Alhamdulillah, 3 tahun berjuang menghabiskan degree ni, xlama lagi akan masuk ke alam internship..Moga Allah permudahkan segalanya..Okay cukup muqadimah entry..


Jumpa lagi dimasa hadapan yang cerah

Bukan senang nak berkumpul 2 kelas,lebih-lebih lagi untuk anjurkan dinner course ni, DAN bukan senang nak handle kepala sorang-sorang yang banyak idea, cadangan plus songeh yang gunung ganang.. Dari krisis 1 kelas semua tarik diri,berbaik semula sampaila join 2 kelas sekali..*Kenangan woi gaduh2 g ni.. HaHaHa as a "Sister" dalam kelas tu, hakak usha je sorang-sorang..



Girlfriend yang always awesome


Susah senang, tawa sedih, gaduh baik, semua ni kenangan selama 3 tahun.. Macam-macam jadi zaman degree ni..Sampai kadang tak sangka kos yang aku mati2 xnak sambung dari diploma IT (Programming) dulu n nekad xnak kos IT/S.Comp bila smbung degree jumpa balik dalam Degree science comp (Software Development).. Course yang aku rasa mati2 tak boleh buat, Course yang aku rasa azab nak mengadap and setelkan coding, akhirnya smpai ke penghujungnya juga..Perancangan Allah tu indah sebenarnya, dan DIA dah susun cantik-cantik jalan cerita kita..Syukur, Segala perjalanan pembelajaran menamatkan ijazah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ni berjalan dengan lancar dan sempurna.. Will miss this moment..


Sweet life, When your title is "Student"...Trust me, all about study and fun. Pray for my offer master after this..Weehuu~~





 

Copyright by Syaqira Ahmad © 2012 |Best View: Google Chrome