October 11, 2016

Selamanya Doa IbuBapa hadiah paling bernilai


Melangkah dengan gagah, Selagi doa ibubapa bersama kau

Motivasi diri sendiri..Memandangkan blog ni dah jadi macam diary online, so why not kekadang update perkara yang boleh memotivasikan diri yang penuh ego dalam hati ni:) *See sedar diri lagi ni..Hee

Teringat kembali,bila disapa oleh makcik cleaner tempat praktikal (Pejabat Tanah & Daerah Seremban). Ceritanya bermula bila makcik ni mengajukan soalan pasal kos "braces" yang ada pada gigi sya ni,sampaikanla topik pasal pelajaran dan kehidupan dibuka.Bila dia tanya, now sambung belajar apa? and sya kata Degree Science Comp dan bila topik dipanjangkan sampai latar belakang family sya,sya balas segala soalannya,and she said "Bagus family mak ayah awak yer" and soalan yang buat sya bercerita and share pengalaman hidup sya bila dia kata "Macam mana boleh "Pandai" belajar dan minat belajar.anak2 makcik semua malas belajar" dan ini jawapan sya


Honestly,sya bukan seorang pelajar yang "Pandai", tapi sya percaya yang membezakan kau dan aku USAHA.sebab sya pernah rasa jadi student tercorot, student yang kurang kawan bila kau strungle gila subjek, tapi ramai gila yang jadi best student dalam kelas sendiri.Jadi saat kau bangkit tunjuk kekuatan diri, masa ni kau sedar "Kau lebih hebat dari orang sekeliling,yang penting USAHA". bila berkata pasal "Minat", minat belajar datang bila aku punya ramai kawan since Form 4 n Form 5, bila rakan kelas sya suka bertanya subjek kegemaran sya "Ekonomi Asas",and minta tolong dalam pelajaran,saat ni "Usaha" lebih tu datang, sebab nak bantu kawan2 yang lain..Minat belajar ni lagi membuak bila jejakkan kaki ke menara gading a.k.a IPTA..


bila makcik tu kata "Anak2 makcik malas belajar" ingat lagi jawapan yang aku berikan.."Makcik,doa ibu ini makbul..Saya percaya sangat,doa ibu ni makbul dan mustajab. Sebab usatazah saya pernah kata "Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapanya" , jadi makcik,lepas makcik solat,makcik kena selalu doakan kejayaan anak2 makcik.Saya ni lemah dalam bab pengiraan, setiap kali saya duduki exam pengiraan,masa tu saya akan telefon makayah saya. saya wajib menagis risau kalau tak boleh jawab exam tu dan kecewakan parent saya..TAPI bila saat saya berdepan dengan paper2 pengiraan saya tawakal setawakalnya, saya kata Doa ibu ayah saya berteman disini, jadi saya redha..Syukur,even saya rasa tak boleh jawab dengan baik exam tu, Allah bantu saya dengan bagi apa yang semampunya.Makcik kena doa selalu taw".. 


Aku sendiri tak tahu,bila datangnya saat matang plus kata2 cantik begini aku susun pada makcik tu.MUNGKIN Allah nak aku jadi perantara yang menyampaikan nasihat dan semangat pada makcik yang hampir putus asa dalam mendidik anak2nya meminati pelajaran.:) Syukur sebenarnya, sedikit sebanyak,life aku dapat dijadikan pengajaran buat orang lain..


Your parent may not be perfect but they are the most precious gift god has ever given you


No comments:




 

Copyright by Syaqira Ahmad © 2012 |Best View: Google Chrome